SEJARAH PENGHIJRAHAN KAUM INDIA KE TANAH MELAYU
Orang India dibawa ke Tanah Melayu sebagai buruh di kawasan perladangan. Orang Eropah menggunakan pengaruh politik mereka membawa masuk buruh India ke Tanah Melayu melalui ejen yang dilantik di India. Penindasan terhadap wanita India, peminggiran mengikut kasta membebankan mereka serta tekanan daripada masyarakat India kelas pertengahan dan tinggi menyebabkan migrasi masyarakat India secara beramai. Selain itu keadaan ekonomi juga memberikan tekanan kepada orang India yang akhirnya memilih untuk migrasi ke Tanah Melayu.
Migrasi orang India ke Tanah Melayu bermula sejak 1786 sebagai pembantu rumah dan pekerja peladang. Dianggarkan beribu-ribu orang India yang digelarkan sebagai kuli (coolies) berada di Pulau Pinang. Jawatan ini ditawarkan dengan pembukaan pejabat koloni British di Pulau Pinang. Jumlah migrasi semakin meningkat selepas pembukaan Singapura pada tahun 1819. British bertindak untuk mengambil banduan India sebagai buruh ke Tanah Melayu disebabkan oleh bekalan pekerja yang tidak mencukupi dan permintaan yang tinggi melalui projek-projek yang diusahakan oleh para peladang dan kerajaan pada ketika itu seperti pembinaan landasan keretapi, jalan raya dan pertanian. Peladang-peladang Eropah lebih suka mengambil buruh India kerana mereka rajin, mudah dilatih, murah dan senang dikawal serta senang dieksploitasi.
Mereka tidak mempunyai cita-cita besar dan senang diuruskan. Ramai di kalangan mereka cukup sekadar berpuas hati untuk hidup dengan gaji kecil dan rutin harian menurut jadual yang ditentukan ke atas mereka. Selain itu, orang India yang datang ke Tanah Melayu juga berada dalam pemerintahan British di negara asal mereka. Jadi sedikit sebanyak mereka sudah biasa dengan sistem yang digunakan.
Berlaku pengusiran kaum India berkasta rendah daripada kasta Pariah, Pallas, Padhyachi dan Gaunda ke kawasan-kawasan setinggan khas di bahagian selatan India, disebabkan beberapa insiden penghinaan yang dilakukan mereka terhadap golongan-golongan Brahmin (kasta tinggi yang bertanggungjawab menyebar dan menyimpan ilmu agama hindu). Kumpulan kasta Pariah yang merupakan kasta paling rendah dalam sistem sosial masyarakat India ketika itu, membentuk kumpulan pekerja buruh paling besar di wilayah Madras. Daripada kumpulan inilah British membawa masuk pekerja dari India bagi memenuhi permintaan pasaran pekerja tempatan.
Sumber:
https://mitra.gov.my
https://iluminasi.com/bm/
Gambar: Dua orang kuli India sedang menoreh getah di sebuah pohon getah yang dikatakan berusia 23 tahun, dalam masa yang sama sedang diperhatikan oleh majikannya yang berbangsa Eropah. Gambar sekitar tahun 1910.
#KoleksiGambarLangka ✍️☔
[Legasi Pemikir – LEKIR]
Sumber-fb ShyRain Mohd Shahreen
